Sunday, February 22, 2015

Sehubungan Dengan Penambahbaikan Buku Rekod

Assalamualaikum wr wbt, sebagaimana yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia telah menggunakan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang baharu. Buku ini telah direkayasa dan penambahbaikan oleh pihak MGKK. Syabas kita ucapkan lantaran ramai yang menyambut baik usaha ini.

Rata-rata guru kaunseling telah membuat pesanan Vest melebihi dari jangkaan. Sehingga kini, sekolah-sekolah yang belum pernah wujud PRS ini telah mewujudkan dan memesan Vest. Ini kerana dalam buku rekod yang baharu terdapat elemen PRS.

Dengan ini, pihak Afraina Enterprise terpaksa menerima tempahan sahaja dahulu, namun vest yang di tempah akan dipos setelah vest itu siap kesemuanya. Makluman kami terima akan siap pada pertengahan bulan Mac.

Harap Sabar


No comments:

Post a Comment

Selamat Datang